tehsongketvanilla
Salam people,

Fuhhhh... Dah banyak hari aku tak jenguk blog nie. Sampai Lisa pun dah tanya mana aku ilangkan diri sampai tak online lama. Ekceli banyak benda dan perkara yang aku buat sepanjang aku ilang dari dunia maya nie. Banyak komitmen ngan dunia reality.
Last Saturday aku n hubby penuhkan aktiviti kami ngan aktiviti makan kenduri. That day kami ada kenduri yang perlu kami hadiri. So, start jam 12 tengahari aku n hubby bersama ngan geng-geng kuarters nie gerak ke majlis kenduri jiran kami kat sini jugak. Anak teruna tue jiran kami semua kat sini. Sampai ja pengantin perempuan pun baru aja sampai so memang agak sesak la kawasan rumah dia n meja makan. Jenuh jugak la aku n geng-geng pompuan yang lain nak makan. Orang lelaki nie senang aja sebab diaorg lepas aja makan terus bangun. Yang geng pompuan nie lepas makan nasi, depa pi ambik pulak bubur pulut itam then pi ambik pulak laksa. Adoiiii!!! Berkedut jugak la dahi aku dok tunggu meja yang kosong.
Then tetiba ibu dan adik perempuan pengantin lelaki menjerit! Semua orang yang mai terkejut jugak. Tetiba aja jadi cam tue. Semua ahli family diaorg panik sekejap. Lama lepas tue pengantin lelaki mai kat kami n kasitau yang ibu dan adik dia kena hesteria. Wahhhh... kebetulan sungguh bila jadi cam tue pada hari yang bersejarah untuk dia. Kesian jugak kat family diaorg nie. Tapi nasib baik jugak ler sebab family diaorg nie memang orang alim sebab most of the family members are ustaz n ustazah. So, depa semua tau apa yang patut depa buat.
Dua hari lepas, pengantin lelaki tue dah balik ke kuarters nie. Malam as usual semua warga lelaki kat sini turun ke pondok mesyuarat tingkap diaorang (termasuk la hubby aku yg sorang nie). Then ada la yang tanya pasal kejadian ari tue masa kenduri kat rumah dia. Suddenly dia jawab perkara tue masih dok jadi lagi. Tapi sekarang nie adik lelaki dia pun dah jadi pulak. Isk isk isk.. kesian sungguh. Pastu ustaz tue pun kasitau yang family dia dah tau siapa yang punya 'kerja' dok hantar benda-benda halus kat family dia. Rupanya JIRAN depan rumah dia yang punya angkara. Adoi laaaaa.... Patutnya jiran nie bersama kita dalam suka dan duka, menjadi sebahagian daripada keluarga kita. Tapi dalam kes nie, jadi sebaliknya pulak. Jiran pulak jadi lawan dan jadi dalang dalam kekecohan dalam keluarga kita. The best part is petang kenduri tue jiran tue dengan selambanya datang rumah diaorang dan ngaku sendiri yang dia buat perkara tue sebab suka-suka. Kalau korang jadi part of the family, apa perasaan dan tindakan korang terhadap jirang korang tue????
So, moral of the story kita janganlah terlalu percayakan orang lain termasuklah jiran korang sendiri. Depan kita punya ler baik, cakap pun manis, gelak-gelak dan kasi itu dan ini. Tapi rupanya belakang kita memacam perkara yang kita tak tahu. Harap korang amik ikhtibar la ngan story nie ya. Aku tulis sebab aku memang tak penah sangka benda cam nie masih jadi tambahan pula jiran yang rapat ngan kita. Oklah people, aku kena stop sebab nak masak untuk hubby. Take care and be good to others. Wassalam......

3 Responses
  1. siannya kat pengantin tu..ade gak jiran yg busuk hati suka2 je nk wat gitu erk...isk3x


  2. tue la pasal chomeyl.. sampai today family dia x tenang lagi. currently adik lelaki dia masih terganggu lagi :(


  3. urmm.. ghamai je jiran mcm tuh kenkdg sedare sendri pun xbley caya.. alasan dia sesaje tuh.. mengingatkn lisa pada my osmet yg ckp.. lisa x mo wat kije kt my k.jabatan... huhuhhu.. ble tny nape ckp mcm tuh.. jawabannye.. saje je.. urmm.... susahnye ah idup keliling org ade PHD...


Post a Comment