tehsongketvanilla
Salam people.....

Post today berkisar ngan apa yang terjadi kat tempat kerja. Well, today masa perhimpunan aku pi round barisan anak-anak aku. Then nampak ramai la pulak yang mengMC kan diri.. Isk isk isk.. kanak-kanak nie nak kena sekeh gamaknya! Then aku terus minta ketua kanak-kanak tue untuk jumpa aku lepas perhimpunan.


Ketua kanak-kanak aku nie pulak nyanyuk sikit. Aku dah agak dah dia mesti lupa nak mai jumpa aku lepas perhimpunan. Jenuh la nak nunggu dia before aku dapat rekodkan ketidakhadiran kanak-kanak yang lain. Tunggu punya tunggu ketua kanak-kanak mai jumpa selepas rehat. Tak apa la lepas rehat pun lepas rehat la janji dia mai jugak untuk jumpa.

Masuk ja dalam opis ku di makmal komputer tue dia terus la berikan laporan siapa yang tak hadir ari nie. A few boys tak mai today sebab diaorang takut today ada 'spot check' motor dari pihak Polis Trafik Daerah. Adoila kanak-kanak nie!!!! Mana ler diaorang dapat sumber yang today ada 'spot check' tue. Ekceli minggu nie adalah Minggu Disiplin so kebetulannya today ada ceramah "Jenayah Remaja" oleh pihak polis. So, kanak-kanak nie takut ler sebab diaorang naik motor ke sekolah tanpa lesen.....

Then bila tanya mana ilangnya kanak-kanak perempuan aku dapat jawapan nie...
"Depa kena ulat bulu teacher." kata ketua kanak-kanak tue.
Adeihhhh.. ulat bulu apa bendanya pulak nie??? Aku sendiri dah pening ngan pelbagai alasan untuk tak nak mai mengaji nie. Geram pun ada, marah lagi la.... Aku tanya pulak pasal ulat bulu tue then kawan ketua kanak-kanak pulak tolong jawab...
"Kemarin masa perhimpunan, depa duduk kat bawah pokok kat belakang tapak perhimpunan tue. Lepas tue ada ulat bulu jatuh atas depa, teacher!!!"
Hahahahahaahah... baru la aku faham the whole story pasal ulat bulu tue. Rupanya sekarang nie musim ulat bulu kat sekitar kawasan di sini. Banyak jugak kes kanak-kanak yang duduk asama pun kena serangan ulat bulu tue. Di antara diaorang ada juga yang dah balik untuk rawatan yang selanjutnya.

Kalau dunia sedang heboh dan hangat memperkatakan tentang serangan selsema *%$@, tapi kat tempat aku nie heboh pasal serangan ulat bulu! hahahahahaaha.... Tapi sungguh kebetulan kanak-kanak yang kena serangan nie ada la dalam 60% melibatkan kanak-kanak yang agak "gatal" secara semulajadinya... So no wonder ulat bulu tue pun suka kat diaorang... Wakakakakaka... Dah dah dah,, Aku nak pi beradu dah. Esok masa aku banyak bersama kanak-kanak aku tue. Jenuh la melayan depa ngan 1001 jenis soalan. Take care people and Wasalam.....



2 Responses
  1. keekekek.. kelakonye... mmg padan kena olat bulu.. spesis sama.. so olat2 mau berkawan-kawan...:P


  2. cik osh Says:

    ulat bulu dah naik dauuunnn...apa boleh buat nasib badaaannnnn....


Post a Comment