tehsongketvanilla



salam people,

well, i'm back again today after a few days balik kg.. well bila balik kg nie ada memacam cerita yg menarik jadi. but aku malas mau sebut semua benda tue... tapi aku rasa nak share pasal perkahwinan nie sebab dah banyak kad undangan kawin aku dapat eventho lambat lagi nak cuti sekolah.

masa single ramai yg tertanya cam mana la idop masa kawin? best tak ek? busan tak ek? hmm... memang pasti ramai yg ada tanda soal cam tue dalam kotak pemikiran diaorg termasuk la aku n hubby. hihihihi... rasa klakar jugak bila ingat-ingat pasal tue. tapikan, ada tak korang terpikir pasal reaksi ayah or mak mertua + ipar duai korang? macam mana penerimaan diaorg gamaknya terhadap kita? seram tak bila sebut mertua n ipar duai?? aku tak nafikan, ada jugak mertua + ipar duai yang sempoi dan boleh terima kita seadanya tapi ada jugak mertua + ipar duai yang kureng senang ngan kehadiran kita dalam keluarga mereka? korang nyer mertua + ipar duai cammana ek???? aku punya so far alhamdulillah, semua baik-baik aja. hihihihihi

kadang-kadang, ada gak kita dengar pasal perkahwinan yang dilangsungkan tanpa restu ibu bapa atau keluarga. apa pendapat korang pasal nie ek? adakah korang akan salahkan pengantin tersebut dalam hal yang sebegini? ada tak korang cuba korek-korek apa yang sebenarnya terjadi atau bulat-bulat terima apa yang diceritakan pada korang? penah tak korang terfikir bahawa kadang-kadang tue bukan 100% kesalahan tersebut datang atau berpunca daripada kedua-dua pengantin tetapi sebaliknya berpunca daripada ibu bapa atau keluarga mereka? sometimes timbul juga cerita dimana ibu bapa membantah pilihan anak-anak mereka kerana mereka telah mempunyai pilihan mereka sendiri, anak kawan lama lah, anak saudara yang dah lama terpisah lah dan sebagainya. then mereka terus membenci dan meletakkan kesalahan kepada bakal menantu dan juga anak mereka sendiri. ada juga kes dimana ibu bapa mertua tidak menyukai dan merestui perkahwinan itu sehingga ke anak cucu. sampai tak sudi nak melihat anak menantu dan juga cucu. kalau anak menantu balik kampung sampai tak sudi pandang muka dan tutup pintu rumah. isk isk isk.... dasyat sungguh kan! tapi inilah realiti kehidupan di sebalik sebuah perkahwinan.

aku penah juga mendengar cerita dimana ada juga sesetengah ibu bapa yang mempunyai 'taste' mereka yang tersendiri. ada ibu bapa yang mahukan seorang doktor, peguam, ahli musik ataupun seorang guru sebagai bakal menantu. tup tup tup anak dara/teruna mereka hanya memilih seorang tukang jahit, kerani ataupun seorang ahli sukan sebagai pilihan hatinya. apa lagi, berlaku lah peperangan yang hebat di antara mereka. dalam situasi cam nie, siapa yang bersalah ya? adakah ibu bapa tersebut? ataupun anak dara/teruna tersebut?

so kepada semua anak dara/teruna kat luar sana, harap korang dapat ler sedikit input tentang realiti kehidupan dalam sesebuah perkahwinan. aku doakan korang tak der la terbabit dalam masalah yang aku kongsi kat atas tue. walau apa pun terjadi, restu ibu bapa adalah penting untuk kita memulakan langkah yang akan membawa kita ke suatu kehidupan yang lebih tenang dan aman. pada para ibu bapa, kita seharusnya berfikir secara rasional demi melihat anak-anak kita hidup dengan aman bahagia. janganlah kita mudah melatah sekiranya timbul sesuatu masalah. berbincanglah dengan aman sejahtera bersama-sama tanpa menggunakan kuasa vito yang bakal membawa malapetaka kepada semua pihak. take care people. wassalam......
2 Responses
  1. btol tu..bila ibubapa restu, insya Allah rumahtangga akan bhgia...kalau ada masalah pon, leh ngadu dgn ibu bapa..takder lah tension sgt :)


  2. huuuu.. cane ni?? xde bakal mak mertua lgk.. ekekekke.. nk adIk acik dah x bley.. ahakss.. paper pun yeaa.. akn dipastikan.. restu paling penting.. (^_^,).. ameen muga2 dpt merTua n ipar duai yg besH..


Post a Comment