tehsongketvanilla
Salam people...

Hari cuti datang lagi... So aktiviti aku and hubby today ialah mengemas rumah. Ekceli dah banyak minggu sangat kami tak ngemas umah nie sebab asik bizi pi tolong mama and abah kat rumah dusun. Maklum ler musim durian, tambah pulak dusun abah tue jenis dusun lama yang lebih dari 100 tahun. So, depa dua tak menang tangan nak handle aktiviti mengutip dan menjual buah-buah tue. Kami diimport untuk menjadi pekerja ler.. Hihihihihi....

Hari nie kami pulun ngemas bilik kecik untuk tetamu jauh yang akan sampai insyaAllah malam nanti. So, nak ler dia tido lena nanti. Hubby pun bekerja keras ler sekali... Nasib baik ler dia jenis ringan tulang jugak.. Alhamdulillah...

Sekarang jam 6.45 ptg. Nak kena stop dulu sebab nak vacum carpet sikit jer lagi. GTG people.. Take care and be good to others ya... Wassalam....

p/s: tak sabar nak jumpa tetamu jauh tue face to face.... ;)
tehsongketvanilla
Salam people...

Well hari nie rasa happy sangat. Walaupun kat tempat keja berlambak kerja yang menimbun atas meja tue dan tambahan pula today ada meeting sampai jam 3 petang. Tapi bila tahu jer satu perkhabaran happy nie memang aku and hubby rasa excited...

Korang mesti nak tahu jugak apa perkhabaran yang happy sangat tue kan? Ekceli today aku diberitahu oleh seseorang yang jauh yang dia nak mai sini untuk lepak-lepak and ronda-ronda ngan aku dan hubby. Memang ini yang kami tunggu ekceli. Dia nie dah lama kami kenal tapi jarang bertemu sebab masing-masing sibuk ngan tugas masing-masing. Tapi aldamdulillah tercapai gak hasrat kami untuk hang out bersama esok, sabtu and ahad insyaAllah..

Aku and hubby doakan agar perjalanan tetamu jauh kami tue akan dilindungiNya dan selamat sampai ke sini insyaallah esok.... Banyak sangat cerita yang nak dishare bersama kelak....

Oklah perople, aku minta diri dulu. Nak abiskan preparation untuk kelas tambahan dengan budak esok.. Take care and be good to others okies.. Wassalam...
tehsongketvanilla
salam people...

Hari untuk bersenang lenang datang lagi. Aku memang tunggu sangat peluang cam nie sebab leh la main masak-masak dengan hubby. selalunya kalau hari kerja kami jarang dapat masak and makan dengan propernya. Aku balik jam 4 - 5 petang and hubby pula balik dalam jam 7 petang cam tue. So malam selalunya makan ringkas aja ler. Menu kegemaran hubby is bihun hailam or sup sayur campur aja.

Well, today jugak kami kuar ler berpoya-poya bersama. Hihihihi... Memang bahagia sangat ler bila dapat peluang cam nie. Tapi dalam masa yang sama aku masih lagi paranoid pasal kematian. Persoalan yang menghantui aku sejak dua menjak nie masih lagi ada. Cuma aku minta Allah peliharakan kami sekeluarga dan jika kematian datang menjemput salah seorang dari kami, aku harap ianya berlaku dalam keadaan yang tidak memilukan. InsyaAllah....

So, post ari nie memang berkisar tentang bahagia. Hmm.. kadang aku wondering jugak, di waktu aku berbahagia dengan apa aja yang berlaku pada diri aku nie, ada tak gamaknya manusia yang bergelar keluarga atau sahabat aku yang tak bahagia? Hmm... kadang aku takut juga aku syok bercerita tentang bahagia aku nie, di sebaliknya sahabat yang mendengar tue sedang melalui saat-saat yang agak kurang menyenangkan atau dia sedang bersedih... Korang penah tak terpikir cam tue ek? Penah tak korang terpikir pasal apa yang pihak lain rasakan sewaktu korang tengah syok share cerita bahagia korang tue?

Oklah, aku nak out dulu sebab nak ngemas barang and balik rumah. Ekceli aku kat rumah parents nie. Balik untuk lepak-lepak ngan orang yang banyak bersama aku di waktu aku happy dan jugak sedih... Tak mungkin ada orang lain yang dapat menggantikan tempat semua ahli keluarga aku especially my dear parents and husband.

Ok people, take care and be good to others always ya... Ingatlah bahawa jarak yang memisahkan kita dengan kematian adalah terlalu cepat dan singkat.... Wassalam....
tehsongketvanilla
Salam people...

Akhirnya ada juga kesempatan untuk mengepost something kat sini. Aku memang kembali bizi sejak dua menjak nie. Sejak arwah Ustaz Md Zain pergi.. memang aku dah a bit ilang mood untuk mnulis. Hmmm... kpala dok berserabut dan pnuh ngan persoalan yang tak mungkin ada jawapan sampai tiba masanya aku sendiri pergi meninggalkan dunia ini.

Well, aku cuba untuk kosongkan sikit serabut kat kepala aku ni. Alhamdulillah dalam masa yang sama last Thursday aku sekali lagi diminta oleh pihak PPD untuk menjadi hakim untuk Public Speaking Competition. Memang best sangat dapat pengalaman macam nie. Berbeza sangat masa aku kat Selangor dulu. Memang tak pernah ada peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti cam ni. Dalam masa terdekat nie aja aku dah jadi hakim dua kali kat sini. Rasa hepi and best sangat.

Dalam masa yang sama jugak, students skolah aku ada juga masuk pertandingan nie. Kalau korang ada baca pasal sorang budak yang belajar kat SSP tapi terpaksa balik ke negeri asal sebab dia mengalami sakit buanh pinggang yang agak kronik. So, member aku dah start bimbing budak nie untuk masuk pertandingan nie. Memang berbaloi sebab dia memang tempat ke tiga!!! Congratulations to Nor Faezah! Hehehehehehe...

Oklah people. Aku nak stop dulu untuk post nie. Kalau rajin and gatal tangan and jari aku akan buat another post later tonight sambil dok buat notes kat budak-budak lower six. Tata people.. Tak care and be good to others ya... Wassalam....
tehsongketvanilla
Salam people...

Pagi tadi aku, kak umi and pak ya mulakan hari kerja kami ngan perasaan yang happy sebab kami dah selesaikan tugas untuk hari anugerah last week dengan baik sekali dan aku and kak umi jumpa pak ya semula after seminggu dia pi kursus kat penang. Rindu lak kat pak ya masa dia pi kursus tue. Office kecik kami cam busan and sepi aja..... So it is great to have pak ya back in the office!

Then masa kami dok lepak-lepak sambil breakfast and gussip-gussip dalam office, mai pulak a few students. Kacau daun sungguh bebudak nie! Then aku nie nampak mata diaorang cam merah semacam. Ahhh.. sure kena pot pet kat perhimpunan tadi nie... Pak ya then tanya la bebudak yang muncung tue apsai mata merah. Then depa kata,
"Cikgu mesti tak tau nie!"...
Uishhh ada berita panas kat sekolah pagi nie la kot sampai budak-budak nie mai nak habaq. Aku and kak umi dah susah hati dah takut ada kena mengena ngan kerja kami.
"Berita apanya?" pak ya tanya.
Terus depa jawab,
"Ustad Md Zain dah meninggal pagi nie!"
Kak umi teguq bebudak tue,
"Hampa jangan dok buat lawak waktu pagi cam nie. Main kata orang mati pulak tue!"
"Betoi teacher umi! Tak caya pi tanya orang kat pejabat." depa replied.

So, dengan pantas kak umi terus tipon pjabat sekolah. Tanya punya tanya, memang sah Ustad Md Zain dah meninggal lbih kurang 10 - 15 minit yang lalu. Innalillah.... Kami bertiga tersandar kat kerusi memasing. Rasa cam tak percaya ngan berita nie. Ustad Md Zain nie Guru Kanan Kemanusiaan kat tempat keja aku. Dia nie senyap ja orang nya. Tak banyak cakap tapi sekali-sekala bersembang mmang suka buat lawak. Kemarin aku memang tak nampak dia kat sekolah tapi memang dia mai kerja sebab aku nakpak keta dia aja. Arwah ustad nie sihat aja orangnya. Tak ada pulak kami dengar cerita yang dia ada sakit yang berat-berat. Tapi dah memang sampai masa untuk dia pergi mengadapNya. So, kami semua kena redha.

Jam sebelah pagi tadi sekolah ada menyediakan sebuah bas untuk pelajar-pelajar dan guru-guru untuk pi menziarah jenazah ustad. Aku and kak umi pi ngan 3 orang budak form 6. Jenazah arwah dibawa pulang ke rumah ibunya kat Kpg Sireh kat sini. Masa dalam perjalanan aku and kak umi senyap ja. Tak ada rasa sedih sangat sebab masih rasa cam mimpi aja. Tapi bila sampai kat umah mak arwah, dan tengok aja muka isteri arwah yang dah merah matanya mmang aku and kak umi rasa sayu and sedih sangat. Air mata nie keluar cam tak leh nak stop. Tambah sedih lagi bila tengok wajah arwah yang cam dok tidur aja. Sedihnya...

Bila dah selesai ziarah kami tue, aku and kak umi trus balik ke sekolah. Dlaam perjalanan kami dok sembang-sembang jugak sambil teriak tue. Dalam hati aku, cam mana la perasaan aku kalau aku ada kat tempat isteri arwah? Macam mana aku nak lalui waktu tue? Waktu orang ramai kat rumah mungkin aku leh strong. Tapi waktu malam maybe aku tak sekuat mana. Nak lalui malam aku dan hidup aku tanpa seorang suami yang sangat rapat ngan aku. Yang kenal aku luar dan dalam. Yang tahu suka duka aku... Ya Allah, panjangkanlah umur suamiku..... Amin...

Bila balik dan sampai kat sekolah aku minta kak umi stop kat pagar kuarters. Aku rasa cam aku nak tengok dulu muka hubby. Aku rasa cam lemah semacam aja. Aku saja jer pi kat hubby and buat-buat nak minta kunci kereta dengan alasan aku nak balik lewat ari nie. So, nanti hubby tak payah jemput aku kat sekolah cam hari-hari lain. Bila tengok muka hubby rasa sayu sungguh. Walaupun kami baru kawen setahun dan masih lagi dok belajar perangai masing-masing, tapi aku rasa cam dah lama sangat kenal dia. Alhamdulillah, dia masih lagi bernafas dan ada depan mata aku.

Dah dah la kot no. Nanti aku post cerita lain pula ya. Rasa nak pi buatkan air untuk hubby sementara aku masih punya kesempatan. Take care people and be good to others ya. Wassalam...
tehsongketvanilla
Salam people...

Tadi masa on the way balik ke rumah parents, aku and hubby sempat ler pi mencuci mata aksesori untuk 'baby' kami... Hihihihihi... Tengok punya tengok, belek punya belek punya la syok sebab ada member dah kasi tau yang kedai nie memang jual aksesori yang elok tapi ngan harga yang agak murah. Hubby apa lagi, teramat suka la dia. Tapi memikirkan 'baby' nie masih gebu lagi, so dia pun ajak balik ngan tangan yang masih kosong. Kalau tak, aku pasti mesti terbang gak ler kepala agong yang ada dalam wallet tue. Hahahahaha...

Pastu, bila nak gerak dari kedai tue, tetiba ada beberapa buah motor polis trafik mai. Hubby agak kecut gak sebab dia memang malas untuk pakai seat belt! Nasib baik motor tue tak mai kat kami nie. Cuma depa parking kat kepala jalan nak masuk ke kedai nie aja. Then, nampak lak orang ramai jalan ke arah lorong belakang kedai nie. Aku and hubby dok hairan jugak apesai depa ramai pi ke sana. Dalam masa yang sama, pak polis tadi dok halang kereta or motor untuk masuk ke arah yang orang ramai pi tue. Kami nie bertambah ler hairan. Tapi hubby terus gerak and terpaksa juga ikut ke arah pak polisi tue, tapi dia kasi lak kami lalu. Rupanya kalau kita nak kuar boleh, tapi nak masuk memang tak leh. Pak polisi tadi x kasi langsung.

Kebetulan hubby drive slow aja kat situ. Cewahh nak jadi baik ler cikit tue sebab pak polisi ada. Kalau tak dak pak polisi tue, alamat laju jugak ler dia bawak. Aku dalam masa yang sama dok jenguk jugak ke arah jalan belakang rumah kedai tue. Nampak orang ramai sangat. Then, nampak jugak polis and FRU! Uishhh.. makin suspenda lak. Then hubby tanya, "Ada apa tue ek?" Aku ngan selambanya replied, "Ada oragn mati kot. Tak pun depa gaduh sampai tikam-tikam." So, kami pun kuar aja ke jalan utama dan nak terus balik.

Bila on the way kat jalan utama tue. Aku nampak la banner besaq tergantung kat tiang letrik tepi jalan tue. Rupanya ada notis pemberitahuan dari MBAS. Spontas, terus aku kata kat hubby, "Laaaa... Patut la orang, polis and FRU ramai kat sana!!!" Notis pemberitahuan tue kata, hari nie akan dijalankan aktiviti merobohkan tempat penyembelihan babi!!! Jalan kat belakang rumah kedai tadi tue memang ada tempat penyembelihan babi.. Hahahahahaah.... Baru la kami tau kisahnya. FRU and polis mai kat situ sebab takut kot-kot ada rusuhan atau pergaduhan terjadi kat sana. Ishh haru-hara sungguh jadinya bila nak dirobohkan tempat tue. Tambahan pulak area situ memang kawasan yang majoritinya penduduk berbangsa cina. Hmmm hopefully tak ada la benda yang tak diingini berlaku. Semua yang dilakukan tue demi keselamat dan kebaikan semua. Tambah pulak ngan demam H1N1 tue. Dah bertambah menjadi-jadi...

So people, harap korang semua jaga la diri bebaik. Pakai la mask untuk protect yourself. Be good to others always ya.. Wassalam...
tehsongketvanilla
Salam people...

Post nie hanya nak share my happiness sebab our debate team won the 2nd place last week!! Congrats to all my students... Hapar tahun depan kita leh kekalkan kedudukan nie. For your information, last year pun kami dapat 2nd place jugak. Tapi kalah kat sekolah yang berbeza dari tahun ini. Apa pun kami dah cuba sebaik yang boleh... Lagi sekali congrats to my students and my friends... Yippieeeeeeeeeeeee!!!