tehsongketvanilla
Salam people....

Hari nie rasa panas sangat.. Nasib baik most of my time aku dok bekerja dalam makmal komputer. Rasa lega sangat sebab tak terasa bahang panas kat luar. Sekarang nie ramai cikgu-cikgu mai melapak dalam makmal sebab keadaan cuaca yang agak panas. Sampai tengahari tadi boss mai makmal pun teruja bila tengok ramai cikgu-cikgu tekun dok menanda kertas soalan dalam makmal. Hahahahahaha..... But i'm glad bila ramai orang mai meriuh-rendahkan makmal tue.

Okay back to the main focus for today's post. Today is the first day aku masuk kelas MUET with the new lower six. Rupanya dah ada yang keluar sebab dah dapat offer dari IPTA/IPTS dalam pelbagai bidang. Ekceli aku blur jugak untuk start the class eventho aku dah plan apa yang nak dibuat ngan diaorang. Aku memang akan susah hati when it comes to the first class. Rasa risau tak kena tempat. Hihihihihi

Bila bebudak tue masuk makmal, kami start ngan ice-breaking as usual. Introduce themselves sebab aku tak kenal diaorang. masa diaorang Form 5, ada sorang kakak lain yang ngajar diaorang. So, aku kena ler mulakan proses mengenali dan mengingati nama diaorang semua. Sekali tengok nampak semuanya sama jer. Adoiii laaa......

Then, aku bahagikan diaorang into two groups dan minta diaorang berdiri dengan jarak yang jauh dan berdiri secara berhadapan. Then setiap orang ada pair masing-masing. Aku then distribute two set of questions untuk Group A and Group B. Masa nie aku perasan bebudak nie dah blur and depa cam risau pun ada.Hahahaha... syok lak nengok reaksi diaorang nie.

Pastu aku explain la apa yang patut diaorang buat and the we start the activity. Bebudak tue diminta untuk menyoal pasangan diaorang dan kalau pasangan diaorang tak dapat dengar diaorang kena gunakan kreativiti diaorang untuk menyelesaikan masalah tue. Then pasangan diaorang pulak akan menyoal diaorang lepas tue. So, bilastart aja aktiviti nie, memang riuh rendah sangat la kelas tue. Nasib baik aku buat dalam makmal sebab kalau tak mesti kena sekeh ngan semua orang kat sekolah sebab budak form 2-5 dok tengah exam. Hahahahaah

Then tiba-tiba tengah syok buat aktiviti tue, ada ler cikgu laki dua tiga orang masuk makmal. Depa terkejut beruk bila buka ja pintu terus dengar suara kanak-kanak nie terjerit-jerit. Hahahahaah.... Then ada salah sorang nya siap tinggikan suara dia tanya apa yang jadi sampai bising cam nie. Ekceli cikgu tue tak nampak aku yang duduk di antara bebudak nie. So, dalam masa yang sama my best buddy kuar dari office makmal komputer tue keluar and jawab, "Kalau tak bising, riuh rendah cam nie orang tak panggil la kelas ngajar SPEAKING untuk bebudak form 6 ni". Wahhh.. aku rasa best sangat sebab ada jugak orang yang faham ngan apa yang aku dok buat. Thanks to Kak Aumi.. I lap yu!

Bila abis ja masa ngan diaorang nie, memang ramai yang datang jumpa personally. Depa kasitau yang they are very happy with the activity and looking forward for the next lesson. So, aku rasa happy sangat bila dengar pengakuan diaorang. Walaupun kelas memang bising sangat ngan jeritan tarzan tadi, tapi semuanya berbaloi. Aku pasti lepas nie tak ada dah budak pompuan yang akan malu-malu bercakap dalam kelas semasa P&P berjalan. Insyaallah....

Oklah, need to stop now. Hubby nak dinner awai mlm nie sebab nak pi siapkan networking CC baru... Take care people and always be good to others ok! Wassalam
1 Response
  1. kak teh.. if de dak2 lower six yg... minat nk sambung lam course automotive,IT, praboT or fesyen.. kasitaw k.. huhuhhuhu.. kami sdg cr students for new intale july 2009. kalo nmpk cam.. drg kureng minat je masuk lower siX.. sgt2 dialu-alukn ke cni.. huhuhhu.. elaun 250 sebulan disediakn tuk student2 yg memenuhi syarat.. (^_^,).. syratnye.. juz lulus BM je.. :D


Post a Comment