tehsongketvanilla



Salam people....

Post today a bit simple and short aja. Aku just nak wish all mothers out there "Happy Mother's Day"... Semoga semua ibu-ibu sentiasa dirahmati dan dipelihara olehNya.. To my loving mama, Pn Harison, i love you always and forever!
tehsongketvanilla
Salam people,

Fuhhhh... Dah banyak hari aku tak jenguk blog nie. Sampai Lisa pun dah tanya mana aku ilangkan diri sampai tak online lama. Ekceli banyak benda dan perkara yang aku buat sepanjang aku ilang dari dunia maya nie. Banyak komitmen ngan dunia reality.
Last Saturday aku n hubby penuhkan aktiviti kami ngan aktiviti makan kenduri. That day kami ada kenduri yang perlu kami hadiri. So, start jam 12 tengahari aku n hubby bersama ngan geng-geng kuarters nie gerak ke majlis kenduri jiran kami kat sini jugak. Anak teruna tue jiran kami semua kat sini. Sampai ja pengantin perempuan pun baru aja sampai so memang agak sesak la kawasan rumah dia n meja makan. Jenuh jugak la aku n geng-geng pompuan yang lain nak makan. Orang lelaki nie senang aja sebab diaorg lepas aja makan terus bangun. Yang geng pompuan nie lepas makan nasi, depa pi ambik pulak bubur pulut itam then pi ambik pulak laksa. Adoiiii!!! Berkedut jugak la dahi aku dok tunggu meja yang kosong.
Then tetiba ibu dan adik perempuan pengantin lelaki menjerit! Semua orang yang mai terkejut jugak. Tetiba aja jadi cam tue. Semua ahli family diaorg panik sekejap. Lama lepas tue pengantin lelaki mai kat kami n kasitau yang ibu dan adik dia kena hesteria. Wahhhh... kebetulan sungguh bila jadi cam tue pada hari yang bersejarah untuk dia. Kesian jugak kat family diaorg nie. Tapi nasib baik jugak ler sebab family diaorg nie memang orang alim sebab most of the family members are ustaz n ustazah. So, depa semua tau apa yang patut depa buat.
Dua hari lepas, pengantin lelaki tue dah balik ke kuarters nie. Malam as usual semua warga lelaki kat sini turun ke pondok mesyuarat tingkap diaorang (termasuk la hubby aku yg sorang nie). Then ada la yang tanya pasal kejadian ari tue masa kenduri kat rumah dia. Suddenly dia jawab perkara tue masih dok jadi lagi. Tapi sekarang nie adik lelaki dia pun dah jadi pulak. Isk isk isk.. kesian sungguh. Pastu ustaz tue pun kasitau yang family dia dah tau siapa yang punya 'kerja' dok hantar benda-benda halus kat family dia. Rupanya JIRAN depan rumah dia yang punya angkara. Adoi laaaaa.... Patutnya jiran nie bersama kita dalam suka dan duka, menjadi sebahagian daripada keluarga kita. Tapi dalam kes nie, jadi sebaliknya pulak. Jiran pulak jadi lawan dan jadi dalang dalam kekecohan dalam keluarga kita. The best part is petang kenduri tue jiran tue dengan selambanya datang rumah diaorang dan ngaku sendiri yang dia buat perkara tue sebab suka-suka. Kalau korang jadi part of the family, apa perasaan dan tindakan korang terhadap jirang korang tue????
So, moral of the story kita janganlah terlalu percayakan orang lain termasuklah jiran korang sendiri. Depan kita punya ler baik, cakap pun manis, gelak-gelak dan kasi itu dan ini. Tapi rupanya belakang kita memacam perkara yang kita tak tahu. Harap korang amik ikhtibar la ngan story nie ya. Aku tulis sebab aku memang tak penah sangka benda cam nie masih jadi tambahan pula jiran yang rapat ngan kita. Oklah people, aku kena stop sebab nak masak untuk hubby. Take care and be good to others. Wassalam......

tehsongketvanilla
Salam people.....

Post today berkisar ngan apa yang terjadi kat tempat kerja. Well, today masa perhimpunan aku pi round barisan anak-anak aku. Then nampak ramai la pulak yang mengMC kan diri.. Isk isk isk.. kanak-kanak nie nak kena sekeh gamaknya! Then aku terus minta ketua kanak-kanak tue untuk jumpa aku lepas perhimpunan.


Ketua kanak-kanak aku nie pulak nyanyuk sikit. Aku dah agak dah dia mesti lupa nak mai jumpa aku lepas perhimpunan. Jenuh la nak nunggu dia before aku dapat rekodkan ketidakhadiran kanak-kanak yang lain. Tunggu punya tunggu ketua kanak-kanak mai jumpa selepas rehat. Tak apa la lepas rehat pun lepas rehat la janji dia mai jugak untuk jumpa.

Masuk ja dalam opis ku di makmal komputer tue dia terus la berikan laporan siapa yang tak hadir ari nie. A few boys tak mai today sebab diaorang takut today ada 'spot check' motor dari pihak Polis Trafik Daerah. Adoila kanak-kanak nie!!!! Mana ler diaorang dapat sumber yang today ada 'spot check' tue. Ekceli minggu nie adalah Minggu Disiplin so kebetulannya today ada ceramah "Jenayah Remaja" oleh pihak polis. So, kanak-kanak nie takut ler sebab diaorang naik motor ke sekolah tanpa lesen.....

Then bila tanya mana ilangnya kanak-kanak perempuan aku dapat jawapan nie...
"Depa kena ulat bulu teacher." kata ketua kanak-kanak tue.
Adeihhhh.. ulat bulu apa bendanya pulak nie??? Aku sendiri dah pening ngan pelbagai alasan untuk tak nak mai mengaji nie. Geram pun ada, marah lagi la.... Aku tanya pulak pasal ulat bulu tue then kawan ketua kanak-kanak pulak tolong jawab...
"Kemarin masa perhimpunan, depa duduk kat bawah pokok kat belakang tapak perhimpunan tue. Lepas tue ada ulat bulu jatuh atas depa, teacher!!!"
Hahahahahaahah... baru la aku faham the whole story pasal ulat bulu tue. Rupanya sekarang nie musim ulat bulu kat sekitar kawasan di sini. Banyak jugak kes kanak-kanak yang duduk asama pun kena serangan ulat bulu tue. Di antara diaorang ada juga yang dah balik untuk rawatan yang selanjutnya.

Kalau dunia sedang heboh dan hangat memperkatakan tentang serangan selsema *%$@, tapi kat tempat aku nie heboh pasal serangan ulat bulu! hahahahahaaha.... Tapi sungguh kebetulan kanak-kanak yang kena serangan nie ada la dalam 60% melibatkan kanak-kanak yang agak "gatal" secara semulajadinya... So no wonder ulat bulu tue pun suka kat diaorang... Wakakakakaka... Dah dah dah,, Aku nak pi beradu dah. Esok masa aku banyak bersama kanak-kanak aku tue. Jenuh la melayan depa ngan 1001 jenis soalan. Take care people and Wasalam.....



tehsongketvanilla












salam people...

today's post more kepada kenangan aku ngan geng geng TM... tempat di mana aku selalu melepak masa study 3 years ago. tersangat la kenangan indah aku katsana including bertemu hubby terchenta.. hahahahahaah

aku x nak kasitau nama semua insan dalam gambo nie but nak korang teka n tau sendiri.... tiap gambo nie buat aku senyum bila tengok. TM memang dah x ada tapi persahabatan itu kekal selamanya.....



tehsongketvanilla
salam people....

well post ari nie memang menarik sikit sebab berkisar pasal apa yang terjadi kat tempat keja arinie. well, utk those yang tahu kerjaya aku senang ler sikit nak faham. tapi yang tak tau pun mesti cepat aja nak faham sebab banyak sangat hint. hahahahahah

kisahnya bermula cam nie. as usual setiap minggu akan di adakan 'spot check' untuk semua budak. so memang malang ler untuk sesiapa yang terkena dalam acara nie. untuk minggu nie pihak yang berkenaan telah bersetuju untuk buat 'spot check' tue pagi nie. so apa lagi semua pakat mai awal sebab nak ambil tempat bertugas masing-masing. aku as setiausaha disiplin dah tentu la sedikit bz sebab nak kena rekod semua hasil rampasan dari anak anak lanun.

lepas aja perhimpunan semua budak diminta untuk berada di posisi yang telah ditetapkan. ada kelompok budak yang tak bawa beg ke perhimpunan, kelompok yang bermisai+ janggut, kelompok seluar ketat, kelompok tudung singkat, kelompok artis dan kelompok datang lewat. aku nie memang paling berkenan nak stay kat kelompok artis sebab memacam hasil rampasan akan dapat. muka-muka artis yang sama jugak yang akan melakukan semua kesalahan. ada yang bawa make-up kit, segala jenis bedak, segala jenis lip gloss, segala jenis perfume dan macam-macam lagi ler. hihihihi

bila leka tengok hasil rampasan geng artis tadi, tetiba ada ler sorang artis nie mai jumpa aku. dengan muka yang susah hati dia kata,
"sat lagi saya nak ambik balik bedak saya nie boleh dak?"
then aku tanya la assistant aku mana satu bedak artis sorang nie. aku ingatkan mesti dia bawa bedak compack yang macam dijual di pasaran tue. sekali aku tengok rupanya sangkaan aku tue salah! aku terus tergelak besar bila tengok bekas bedak artis nie. rupanya dia bukan bawa bedak compack tetapi dia bawak bedak botol yang cam mak-mak or tok-tok kita suka guna tue. hahahahahah.... adoila cik kak artis sorang nie. kengkawan aku yang laki pun habis dok tergelak bila tengok bedak tue. then aku kasitau artis tue yang bedak tue akan dipulangkan jam 2.00 selepas loceng terakhir bunyi.

tapikan, belum lagi jam 11 pagi artis tue dah mai jumpa aku. dia jenuh jugak dok minta bedak yang dirampas tadi. dia kata muka dia dah x gebu lepas makan kat kantin tadi. adoi laaaaaaa...!!!! aku hairan sungguh budak sorang nie. nak marah pun ada, nak gelak lagi la ada. dia kata dia ketagih nak pakai bedak!!!! hahahahahahah... klakar sungguh dengar kenyataan dia. aku ingat selama nie orang ketagih hisap rokok, minum air ketum or hidu gam ja. tapi rupanya ada jugak manusia yang ketagih nak bau and sapu bedak kat muka dia... dah dah dah... aku nak kuar untuk gardening pulak. jumpa lagi people. tata n wassalam....
tehsongketvanilla



salam people,

well, i'm back again today after a few days balik kg.. well bila balik kg nie ada memacam cerita yg menarik jadi. but aku malas mau sebut semua benda tue... tapi aku rasa nak share pasal perkahwinan nie sebab dah banyak kad undangan kawin aku dapat eventho lambat lagi nak cuti sekolah.

masa single ramai yg tertanya cam mana la idop masa kawin? best tak ek? busan tak ek? hmm... memang pasti ramai yg ada tanda soal cam tue dalam kotak pemikiran diaorg termasuk la aku n hubby. hihihihi... rasa klakar jugak bila ingat-ingat pasal tue. tapikan, ada tak korang terpikir pasal reaksi ayah or mak mertua + ipar duai korang? macam mana penerimaan diaorg gamaknya terhadap kita? seram tak bila sebut mertua n ipar duai?? aku tak nafikan, ada jugak mertua + ipar duai yang sempoi dan boleh terima kita seadanya tapi ada jugak mertua + ipar duai yang kureng senang ngan kehadiran kita dalam keluarga mereka? korang nyer mertua + ipar duai cammana ek???? aku punya so far alhamdulillah, semua baik-baik aja. hihihihihi

kadang-kadang, ada gak kita dengar pasal perkahwinan yang dilangsungkan tanpa restu ibu bapa atau keluarga. apa pendapat korang pasal nie ek? adakah korang akan salahkan pengantin tersebut dalam hal yang sebegini? ada tak korang cuba korek-korek apa yang sebenarnya terjadi atau bulat-bulat terima apa yang diceritakan pada korang? penah tak korang terfikir bahawa kadang-kadang tue bukan 100% kesalahan tersebut datang atau berpunca daripada kedua-dua pengantin tetapi sebaliknya berpunca daripada ibu bapa atau keluarga mereka? sometimes timbul juga cerita dimana ibu bapa membantah pilihan anak-anak mereka kerana mereka telah mempunyai pilihan mereka sendiri, anak kawan lama lah, anak saudara yang dah lama terpisah lah dan sebagainya. then mereka terus membenci dan meletakkan kesalahan kepada bakal menantu dan juga anak mereka sendiri. ada juga kes dimana ibu bapa mertua tidak menyukai dan merestui perkahwinan itu sehingga ke anak cucu. sampai tak sudi nak melihat anak menantu dan juga cucu. kalau anak menantu balik kampung sampai tak sudi pandang muka dan tutup pintu rumah. isk isk isk.... dasyat sungguh kan! tapi inilah realiti kehidupan di sebalik sebuah perkahwinan.

aku penah juga mendengar cerita dimana ada juga sesetengah ibu bapa yang mempunyai 'taste' mereka yang tersendiri. ada ibu bapa yang mahukan seorang doktor, peguam, ahli musik ataupun seorang guru sebagai bakal menantu. tup tup tup anak dara/teruna mereka hanya memilih seorang tukang jahit, kerani ataupun seorang ahli sukan sebagai pilihan hatinya. apa lagi, berlaku lah peperangan yang hebat di antara mereka. dalam situasi cam nie, siapa yang bersalah ya? adakah ibu bapa tersebut? ataupun anak dara/teruna tersebut?

so kepada semua anak dara/teruna kat luar sana, harap korang dapat ler sedikit input tentang realiti kehidupan dalam sesebuah perkahwinan. aku doakan korang tak der la terbabit dalam masalah yang aku kongsi kat atas tue. walau apa pun terjadi, restu ibu bapa adalah penting untuk kita memulakan langkah yang akan membawa kita ke suatu kehidupan yang lebih tenang dan aman. pada para ibu bapa, kita seharusnya berfikir secara rasional demi melihat anak-anak kita hidup dengan aman bahagia. janganlah kita mudah melatah sekiranya timbul sesuatu masalah. berbincanglah dengan aman sejahtera bersama-sama tanpa menggunakan kuasa vito yang bakal membawa malapetaka kepada semua pihak. take care people. wassalam......
tehsongketvanilla
salam people.....

here i am again... after a long time i've been here. ekceli today baru merangkak godek godek blog nie. tadi ngacau my adik narami utk tanya how to gubah blog nie utk kasi cun sikit. Alhamdulillah dia dah ngajar ngan jayanya. dah ada ler jam yg cute n list blog yg wajib aku layari utk amik tahu perkembangan insan insan nie...
well, sambil dok melayan AF nie sempat jugak online... ekceli lepas AF nanti my hubby n i nak gerak utk balik ke kg hubby... hari isnin nak gi merisik anak dara utk my bro-in-law... so aku coti ler 2 hari. yahooo!!!!!! i'm free from those anaklanun for a couple of days hahahahahahah....
tadi sambil nengok AF tue n dok online nie, aku sempat jugak jenguk blog adinda adindaku itu. ekceli sorang adikku nie baru aja dilanda dugaan yang paling mencabar dalam idop dia. aku n hubby cukup kenal dia macam mana sebab she's been with us since our happy times kat TM.. aku jugak kenal siapa ex-tunang dia and tahu perjalanan kisah chenta diaorg jugak. seriously aku n hubby tersangat ler terkejutnya bila dapat tahu diaorg putus tunang dalam masa terdekat utk ke jinjang pelamin. aku tahu adik aku sorang nie memang manja n cepat down.. aku tak nak menyibukkan diri utk tanya kenapa? mengapa? kat dia coz aku tau dia perlukan masa untuk berfikir dan menerima semua ini....
aku x pandai sgt nak kasi nasihat kat orang nie. tapi berdasarkan pengalaman aku dulu, aku tahu masa memang akan membantu kita dalam keadaan yang cam nie. so my darling sister, it is ok for you to cry but do not waste your precious tears to this *&%$# man. he's worthless and useless! akak nak adik bangkit dan jgn pandang belakang... dulu ada sorang lecturer akak penah berpesan.."be with a man who loves you, but not with a man that you love"... so meh kita bersama-sama renungkan kata-kata ini okies.. See ya! wassalam