tehsongketvanilla
aku teramat la benci ngan apa yg aku rasa sekarang nie. sesungguhnya rasa tak best sangat!!! arghhhhhh.. benci benci benciii...!!!! kalau ada org rasa x puas hati, it is better for her/him to come n talk to me directly. tak payah nak buat moka n jadi "cold" tak tentu hala... Ishhh bencinya...
tehsongketvanilla
salam people...
hmmm ari nie happy sgt sebab aku dah terbeli gajet idaman... Hihihihi ekceli tak ler sehebat mana pun but i really like it. nanti bertambah senang dan mudah untuk aku buat keja. especially ujung tahun nie bila nak kena amrking paper SPM... memang masa tue akan timbul 1001 vocabulary baru dari students. sesuka hati diaorang ler nak ngeja and produce vocab baru asal sedap dan kena kat mulut diaorang. hihihihi
well back to my darling gajet tue. it is an electronic dictionary!!! hihihihi... dah lama dok usha dari jauh bendalah nie. akhirnya tadi si sharon tue dah bawak mai. apa lagi terus ler tangkap sebijik. tanpa membuang masa aku terus ler transfer lagu-lagu OST Korea yang menjadi halwa telinga aku tiap hari kat opis tue. what i like about this dictionary sebab ada memacam function. tak yah kilik dictionary tue memang dah semestinya. then ada jugak MP3, radio, organizer, 5 types of calculator, calender, and 1G memory.. hihihihi...
so sekarang nie memang aku akan sah ler menjadi dictionary bergerak untuk kanak-kanak yang aku ngajaq nie. tak kisah la janji depa mau belajaq dan aku dapat bantu untuk memudahkan depa belajaq.. oklah mau pi lepak-lepak ngan incuk hubby.. tatat people.. take care and be good to others ok.. wassalam..
tehsongketvanilla
salam people...
dah lama dah rasanya tak menulis apa apa kat sini. bukannya lupa or melupakan. tapi ada banyak perkara jadi dalam masa 2 weeks nie. yang paling best ialah kedatangan tetamu jauh ke rumah parents/rumah aku sendiri. rasa happy sangat dia sudi jugak datang ke rumah aku yang jauh kat pendalaman nie. mak mertua aku memula datang sini dah complaint yang umah nie jauh dari pekan. dia risau kot sebab anak dia nie dah biasa duduk dalam town yang ada pizza hut tue. sini mana ada nak cari pizza hut. cucoq pisang ada la kat sini. hahahaah sampai lori roti gardenia pun x mau mai sini. hanya roti hi-5 aja yang masih setia melawat kami semua. creadits to roti hi-5!
sepanjang 2 malan tetamu tue kat sini. banyak gak aktiviti yang kami bertiga buat (aku + hubby + tetamu)... pi jenjalan pasar malan kat sini yang besar, pi ronda-ronda tempat menarik kat sini and most of all memasak sama kat rumah. hihihihi mesti korang kata bosan kan aktiviti kami. tapi it was a great moment untuk aku sebab dapat luangkan masa ngan tetamu tue. harap tetamu tue x serik la untuk mai lagi ke sini. aku suka if dia leh mai selalu sebab hubby pun x segan ngan dia. itu yang paling penting. kalau dedua dok segan susah jugak. hihihihi
then, kenapa aku away lama jugak dari blogging nie is because aku dah ADDICTED ngan game kat FB! kacau sungguh! aku dok main game mencurik sayur and tanaman orang kat sana. in real life memang aku and hubby suka sangat gardening. so memang game nie sesuai sangat la ngan aku nie. jangan kata mencuri tanaman kat alam maya nie, tapi kat kebun hubby pun aku kidnap gak. especially cili padi, daun kari, buah betik, timun, terung n kacang bendi yang hubby tanam. tapi aku kidnap semua tue pun sebab nak masakkan untuk hubby jugak.. hahahahahaaa..... so far meamgn aku akui hubby nie memang 'green fingers' sikit. alhamdulillah semua benih yang dia semia akan naik dengan segar bugarnya. sekarang nie kami baru jer semia pokok sunflowers.. aku harap sangat nanti pokok tue akan segar cam pokok betik hubby.
so kengkawan.. mari la join aku n gang kat kebun kami di FB tue.. korang jangan lak malas untuk bercucuk tanah dan letak baja kat pokok tue. nanti cepat nak dituai hasilnya (cewahhh ekceli tunjuk baik sebab nak curi hasil tue)....
oklah people, aku nak pi merumput tanaman kat kebun... take care people and be good to other... wassalam...
p/s... duit hasil curian tue, kalau aku nak beli keta ferari leh dak? nanti leh jenjalan.. lalalalalaalal!
tehsongketvanilla
Salam people...
Hari cuti datang lagi... So aktiviti aku and hubby today ialah mengemas rumah. Ekceli dah banyak minggu sangat kami tak ngemas umah nie sebab asik bizi pi tolong mama and abah kat rumah dusun. Maklum ler musim durian, tambah pulak dusun abah tue jenis dusun lama yang lebih dari 100 tahun. So, depa dua tak menang tangan nak handle aktiviti mengutip dan menjual buah-buah tue. Kami diimport untuk menjadi pekerja ler.. Hihihihihi....
Hari nie kami pulun ngemas bilik kecik untuk tetamu jauh yang akan sampai insyaAllah malam nanti. So, nak ler dia tido lena nanti. Hubby pun bekerja keras ler sekali... Nasib baik ler dia jenis ringan tulang jugak.. Alhamdulillah...
Sekarang jam 6.45 ptg. Nak kena stop dulu sebab nak vacum carpet sikit jer lagi. GTG people.. Take care and be good to others ya... Wassalam....
p/s: tak sabar nak jumpa tetamu jauh tue face to face.... ;)
tehsongketvanilla
Salam people...
Well hari nie rasa happy sangat. Walaupun kat tempat keja berlambak kerja yang menimbun atas meja tue dan tambahan pula today ada meeting sampai jam 3 petang. Tapi bila tahu jer satu perkhabaran happy nie memang aku and hubby rasa excited...
Korang mesti nak tahu jugak apa perkhabaran yang happy sangat tue kan? Ekceli today aku diberitahu oleh seseorang yang jauh yang dia nak mai sini untuk lepak-lepak and ronda-ronda ngan aku dan hubby. Memang ini yang kami tunggu ekceli. Dia nie dah lama kami kenal tapi jarang bertemu sebab masing-masing sibuk ngan tugas masing-masing. Tapi aldamdulillah tercapai gak hasrat kami untuk hang out bersama esok, sabtu and ahad insyaAllah..
Aku and hubby doakan agar perjalanan tetamu jauh kami tue akan dilindungiNya dan selamat sampai ke sini insyaallah esok.... Banyak sangat cerita yang nak dishare bersama kelak....
Oklah perople, aku minta diri dulu. Nak abiskan preparation untuk kelas tambahan dengan budak esok.. Take care and be good to others okies.. Wassalam...
tehsongketvanilla
salam people...
Hari untuk bersenang lenang datang lagi. Aku memang tunggu sangat peluang cam nie sebab leh la main masak-masak dengan hubby. selalunya kalau hari kerja kami jarang dapat masak and makan dengan propernya. Aku balik jam 4 - 5 petang and hubby pula balik dalam jam 7 petang cam tue. So malam selalunya makan ringkas aja ler. Menu kegemaran hubby is bihun hailam or sup sayur campur aja.
Well, today jugak kami kuar ler berpoya-poya bersama. Hihihihi... Memang bahagia sangat ler bila dapat peluang cam nie. Tapi dalam masa yang sama aku masih lagi paranoid pasal kematian. Persoalan yang menghantui aku sejak dua menjak nie masih lagi ada. Cuma aku minta Allah peliharakan kami sekeluarga dan jika kematian datang menjemput salah seorang dari kami, aku harap ianya berlaku dalam keadaan yang tidak memilukan. InsyaAllah....
So, post ari nie memang berkisar tentang bahagia. Hmm.. kadang aku wondering jugak, di waktu aku berbahagia dengan apa aja yang berlaku pada diri aku nie, ada tak gamaknya manusia yang bergelar keluarga atau sahabat aku yang tak bahagia? Hmm... kadang aku takut juga aku syok bercerita tentang bahagia aku nie, di sebaliknya sahabat yang mendengar tue sedang melalui saat-saat yang agak kurang menyenangkan atau dia sedang bersedih... Korang penah tak terpikir cam tue ek? Penah tak korang terpikir pasal apa yang pihak lain rasakan sewaktu korang tengah syok share cerita bahagia korang tue?
Oklah, aku nak out dulu sebab nak ngemas barang and balik rumah. Ekceli aku kat rumah parents nie. Balik untuk lepak-lepak ngan orang yang banyak bersama aku di waktu aku happy dan jugak sedih... Tak mungkin ada orang lain yang dapat menggantikan tempat semua ahli keluarga aku especially my dear parents and husband.
Ok people, take care and be good to others always ya... Ingatlah bahawa jarak yang memisahkan kita dengan kematian adalah terlalu cepat dan singkat.... Wassalam....
tehsongketvanilla
Salam people...
Akhirnya ada juga kesempatan untuk mengepost something kat sini. Aku memang kembali bizi sejak dua menjak nie. Sejak arwah Ustaz Md Zain pergi.. memang aku dah a bit ilang mood untuk mnulis. Hmmm... kpala dok berserabut dan pnuh ngan persoalan yang tak mungkin ada jawapan sampai tiba masanya aku sendiri pergi meninggalkan dunia ini.
Well, aku cuba untuk kosongkan sikit serabut kat kepala aku ni. Alhamdulillah dalam masa yang sama last Thursday aku sekali lagi diminta oleh pihak PPD untuk menjadi hakim untuk Public Speaking Competition. Memang best sangat dapat pengalaman macam nie. Berbeza sangat masa aku kat Selangor dulu. Memang tak pernah ada peluang untuk melibatkan diri dalam aktiviti cam ni. Dalam masa terdekat nie aja aku dah jadi hakim dua kali kat sini. Rasa hepi and best sangat.
Dalam masa yang sama jugak, students skolah aku ada juga masuk pertandingan nie. Kalau korang ada baca pasal sorang budak yang belajar kat SSP tapi terpaksa balik ke negeri asal sebab dia mengalami sakit buanh pinggang yang agak kronik. So, member aku dah start bimbing budak nie untuk masuk pertandingan nie. Memang berbaloi sebab dia memang tempat ke tiga!!! Congratulations to Nor Faezah! Hehehehehehe...
Oklah people. Aku nak stop dulu untuk post nie. Kalau rajin and gatal tangan and jari aku akan buat another post later tonight sambil dok buat notes kat budak-budak lower six. Tata people.. Tak care and be good to others ya... Wassalam....